Sunday 9 September 2012

Terima Tempahan...

Alhamdulillah... hujung minggu yang sibuk dengan tempahan. Semua tempahan Nasi Kerabu dan Laksam dapat disiapkan dengan jayanya. Terima kasih kepada para pelanggan yang sudi mencuba masakan ini. Diharapkan dapat menempahnya lagi di masa akan datang. Kepada anda semua tunggu apa lagi... jom merasai masakan ala takbai ini...
Laksam
Menyediakan tempahan nasi kerabu
 Kepada yang berminat sila hubungi Pn. Zaita 013-3322497. Menu yang disediakan - Pulut Ayam, Laksam dan Nasi Kerabu.

Monday 3 September 2012

Pulut Ayam Takbai Special

Pulut Ayam Takbai Special

Kelazatan Ayam Goreng Berempah
Masakan ini dinamakan Pulut Ayam. Sememangnya berasal dari Thailand. Ingin memperkenalkan kepada semua bahawa masakan ini adalah kombinasi pulut yang dikukus, ayam yang diperap dengan rempah dan digoreng, dihiasi dengan bawang goreng dan dinikmati dengan sos yang istimewa dari resipi asli Pulut Ayam Takbai. Masakan ini banyak dijual di pekan-pekan di Selatan Thai termasuk Pekan Takbai. Kami bawakan masakan ini untuk dinikmati oleh warga KL.

Sesiapa yang berminat untuk menjadikan masakan ini sebagai hidangan jamuan atau rumah terbuka boleh hubungi Puan Zaita di talian 013-3322497. Hanya RM3.50 sehidangan. Tempahan awal amat dialu-alukan untuk memudahkan penyediaan.

Sunday 2 September 2012

Nasi Kerabu Takbai

Sehidangan Nasi Kerabu ala Takbai
Sememangnya Nasi kerabu telah diketahui keenakannya dan baik dari sudut kesihatan. Masakan yang berasal dari negeri Pantai Timur terkenal di merata dunia termasuklah di ibu negara kita sendiri. Namun ramai yang belum merasai dan mengetahui keenakan masakan ini mengikut resepi dari Takbai jika mereka tidak berkunjung ke sana. Resipi dari Takbai sedikit berbeza dengan resipi dari Pantai Timur dan tempat-tempat lain.

Kami sedia menerima tempahan Nasi Kerabu ala Takbai ini untuk jamuan atau rumah terbuka. Sila hubungi Puan Zaita di talian 013-3322497. Harga sehidangan RM5.50 yang mengandungi nasi biru, sambal ikan, sambal kelapa, sambal tumis, sambal lada, lada hitam yang dikisar, asam limau nipis, budu, keropok, ulaman, telur masin dan ayam goreng berempah. Kami beroperasi di sekitar Lembah Klang atau kawasan berdekatan.

Laksam Takbai

Rasailah perbezaan masakan dari Takbai...
Laksam adalah sejenis makanan kegemaran orang Pantai Timur dan Selatan Thai. Laksam merupakan makanan kombinasi terbaik untuk kesihatan iaitu mengandungi kanji (tepung beras) yang dikukus dan digulung, kuah lemak dengan ikan menjadi kandungan utama serta dimakan dengan pelbagai sayur mentah seperti kubis, kacang, taugeh, timun, bunga kantan yang dihiris halus. Tambah sedap lagi jika ditambah dengan sambal lada.

Kini, jika anda ingin tempah masakan ini anda boleh hubungi kami di talian 013-3322497 (Puan Zaita). Sedia menerima tempahan untuk jamuan atau rumah terbuka. Beroperasi di Lembah Klang dan sekitarnya. Harga RM3.50 untuk satu hidangan.